Tuesday, June 21, 2016

NEELOFA DI SIHIRRR????

Ada apa dengan Neelofa, Haron Ramadan ini?

 14 Jun 2016, 6:31 petang      14 Jun 2016, 6:44 petang
  
Gambar selebriti itu dilihat bertemu dengan pendakwah Datuk Dr Haron Din menimbulkan tanda tanya apabila rakaman video mengenainya dimuat naik beberapa kali di akaun Instagram selebriti berkenaan.
Biarpun ia mengundang pelbagai spekulasi, tetapi yang pasti, pengacara sensasi itu sekadar bertujuan untuk berkongsi nasihat daripada seseorang yang disegani dan terkenal sebagai pakar perubatan Islam.
Menerusi status yang turut dimuat naik, Neelofa, 27, menyatakan penghargaannya buat mursyidul am PAS berkenaan.
“Syukur ya Allah ya Rabbi di atas talian silaturrahim yang engkau kurniakan kepada kami dengan Ustaz Haron Din yang sentiasa menasihati, membimbing dan menegur kami sekeluarga.
“Semoga Allah SWT panjangkan usianya dan berikan kesihatan yang walafiat,” tulis anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.
Dalam akaun Instagram, Neelofa yang juga pelakon memuat naik hingga enam rakaman video yang semuanya mengandungi wajah Haron.
Untuk empat daripada rakaman itu, Haron dilihat mengungkapkan nasihat yang boleh digunakan dan diambil iktibar oleh masyarakat.
Menerusi bahagian pertama, Haron menceritakan tentang insan yang bersih hatinya.
“Saudara saudari yang dirahmati sekalian sempena kita menghayati bulan Ramadan, berpuasa di siang hari dan beribadah malam hari kepada Allah SWT elok kita ambil pengajaran daripada berpuasa.
"Puasa dapat mendidik dan menjajar kita jadi elok kita sucikan hati dengan berniat baik kepada Allah,” katanya.
Elak perkara negatif
Pada babak kedua rakaman itu nasihatnya bertemakan bersangka baik sesama insan dan ia berbunyi: “Baik sangka husnu zon. Kawan atau orang yang kita minati adalah insan biasa dan ada kelemahan. Tiada yang orang yang sempurna. Mungkin ada orang nampak hebat, kagum dan sanjung bukan kerana dia sempurna. Cuma Allah tutup kelemahan dan keaiban dia dan itu sebab dia nampak baik setiap masa. Cuma pada bila-bila masa Allah boleh membuka aib itu semula,” katanya.
Babak ketiga ia menceritakan cara menegur yang betul: “Jika satu aib dia terbuka semuanya rosak. Saya nasihatkan kepada anda supaya bersangka baik dengangn siapa kita berkawan dan bersangka baik dengan orang kita minat dan sanjung. Cuba elakkan perkara negatif. Bukan tidak boleh menegur dan nasihati tetapi cuba dengan cara sopan dan tidak timbulkan kesan negatif,” katanya.
Babak keempat ia nasihat untuk netizen khususnya: “Menyebut kebaikan seseorang itu di hadapannya ada cara yang betul. Jika menggunakan media sosial dan sebut perkara tidak baik ia boleh menimbulkan cacian atau cela. Maka saya ambil kesempatan untuk mengajak semua betulkan diri dan mintak pada Allah beri jalan kepada kita."
Bagaimanapun satu daripada enam rakaman berkenaan tidak memiliki kualiti audio yang baik sehingga kata-kata yang dilafazkan kedengaran kurang jelas.
Manakala satu lagi menunjukkan Neelofa seperti sedang mendapatkan rawatan daripada Haron.
Dan pada rakaman dimuat naik itu, netizen mempertikaikan pula cara perubatan yang dilakukan oleh Haron Din kerana ia menunjukkan aksi 'bersentuhan' dengan Neelofa.
Menurut pengguna akaun @ayuamin84: "Ini amat bertentangan dengan semua peringkat. Apakah sudah tiada ustazah lagi di Malaysia yang boleh minta diubatkan?"
Manakala pengguna akaun Daniel.basir pula menyatakan: “Hendak berubat tidak perlu sentuh pun tidak mengapa. Kenapa perlu sentuh? Kalau tidak sentuh tidak mustajab ke? Yang menyembuhkan penyakit itu ialah Allah. Ingat lebai tu tiada nafsu kah?” tanyanya.
Tidak kurang juga ada netizen yang menyatakan tanda sokongan dengan menyatakan sentuhan itu berlapik dan tidak mengapa dilakukan.
Manakala ada juga yang meminta Neelofa menurunkan video berkenaan kerana ia didakwa boleh mengundang fitnah.
Menurut pengguna akauan sara.baim: “Ia berlapik tak berdosa pun. Saya pun pernah berubat dengan Haron Din di Bangi. Perkara ini tidak perlu di muat naik ya Neelofa,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment